Friday, 10 August 2012

Katalog Alamat Internet

KATALOG ALAMAT INTERNET

Tajuk
Simpulan Bahasa
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini memberi contoh simpulan bahasa serta maksud.


Tajuk
Peribahasa
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini memberi maklumat dan contoh peribahasa serta maksud peribahasa.


Tajuk
  Tatabahasa : Kata Nama Am, Kata Nama Khas, Kata Ganti Nama
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini Memberi maklumat kepada pengguna tentang pengunaan tatabahasa seperti kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.


Tajuk
  Kata Adjektif
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini memberi maklumat tentang penggunaan kata adjektif.


Tajuk
Kata Kerja
URL
Sinopsis
Laman sesawang  yang di keluarkan oleh Mohd Ruslee Mohd Salleh ini mengenai kata kerja dan penggolongan kata kerja.


Tajuk
Kata Hubung
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini memberi maklumat mengenai kata hubung serta contoh kata hubung.


Tajuk
Imbuhan Awalan
URL
Sinopsis
Laman sesawangan ini memberi contoh mengenai penggunaan imbuhan.


Tajuk
Imbuhan Akhiran
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini memberi contoh mengenai penggunaan imbuham akhiran


Tajuk
Imbuhan Apitan
URL
Sinopsis
Laman sesawang ini memberi contoh pengunaan imbuhan apitan


Tajuk
Kata Ganda
URL
Sinopsis
Laman sesawangan ini memberi contoh kata ganda dan cara penggunaan kata ganda.

Tuesday, 7 August 2012

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET



APA ITU ETIKA???

“Merupakan panduan moral terhadap penggunaan komputer dan sistem maklumat.”
Standard atau piawai berkaitan dengan komputer yang menentukan sama ada sesuatu tindakan itu baik atau buruk.”


PRINSIP PENGGUNAAN INTERNET

 Keseimbangan

Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.


     Keizinan termaklum

   Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.


      Keadilan

       Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil.Mereka yang menerima      kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.

        Meminimumkan risiko

        Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.







       ISU ETIKA


1. Penggodam (Hacker)

golongan yang menceroboh ke dalam
sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada
dengan tujuan utama membuat keuntungan. Hacker tidak menulis program untuk 
membangunkan perisian tetapi menggunakan
perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan
kemusnahan

2. Penyalahgunaan Internet

Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja

3. Virus

Penyebaran virus-virus yang merosakkan sistem, data, perisian dan melumpuhkan rangkaian komputer.

4. Kesahihan maklumat atau information accuracy

                Berkaitan dengan kesahihan input. Sumber maklumat yang diperolehi perlu dipastikan kesahihan sumbernya dari pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan maklumat tersebut.

         5. Plagiarisme

Meniru atau mengambil sebahagian atau sepenuhnya hasil kerja 
seseorang terutama dalam bidang akademik di laman-laman web

6. Pencerobohan sistem komputer


 Pengguna yang tidak mempunyai hak capaian 

ke atas sistem memasuki sistem secara paksa atau sewenang-wenangnya


7. Kerahsiaan maklumat atau information privacy

Maklumat rahsia atau sulit dicapai oleh sesuatu pihak 
dengan cara yang tidak dibenarkan


RUKUN ETIKA






TATACARA MENGGUNAKAN  INTERNET








LARANGAN SEMASA MENGGUNAKAN INTERNET









kemahiran bernilai tambah


1.         ( I )   KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)

Konsep
Kurikulum Semakan dan Kemahiran Bernilai Tambah Kurikulum semakan tahun 2000 merupakan usaha berterusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mewujudkan kurikulum yang mampu memenuhi aspirasi negara. Perubahan ini dilakukan berasaskan pandangan umum bahawa struktur dan kandungan kurikulum yang sedia ada harus memenuhi tuntutan baru. Dalam kurikulum semakan ini, kemahiran bernilai tambah merupakan suntikan baru kepada pengisian kurikulum tersebut. Elemen pengisian kurikulum sedia ada seperti penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan dan patriotisme dan peraturan sosiobudaya dikekalkan. Kemahiran Bernilai Tambah yang diterapkan secara eksplisit dalam kurikulum semakan memperlihatkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti.

Rasional Pengintegrasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Kurikulum Semakan Kementerian Pelajaran mengambil kira saranan UNESCO dalam The Treasure Within´ Report to UNESCO of the International Commision on Education for theTwenty-first Century Learning´ (1995). Laporan ini mengemukakan konsep pembelajaran seumur hidup sebagai syarat dalam menempuh cabaran abad ke-21 dan empat asas utama pendidikan yang berikut:

i.  Belajar untuk mengetahui (learning to know). Penggabungan pendidikan umum  dengan beberapa mata pelajaran terpilih yang dapat memberikan ruang untuk pendidikan seumur hidup.
ii.  Belajar untuk membuat (learning to do). Kebolehan untuk menghadapi pelbagai situasi alam pekerjaan serta mampu bekerja dalam satu pasukan.
iii. Belajar untuk hidup bersama (learning to live together). Rasa persefahaman terhadap orang lain melalui sejarah, tradisi dan nilai kerohanian mereka dan semangat saling bergantung untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup bersama.
iv. Belajar menjadi insan sempurna (learning to be). Keupayaan berdikari dan mengamalkan pertimbangan dengan rasa tanggungjawab dalam usaha mencapai matlamat bersama.

Empat tunggak utama pendidikan ini menggariskan pendekatan untuk membangunkan dan mempertingkatkan potensi individu seoptimum mungkin. Tungguk pertama dan kedua iaitu, belajar untuk mengetahui dan belajar untuk membuat menjelaskan keperluan mengintegrasikan kemahiran bernilai tambah yang releven dengan kehidupan semasa dan akan datang dengan kandungan kurikulum teras merentas mata pelajaran dan disiplin ilmu. Gabungan kecekapan dan pengetahuan yang diperolehi daripada sesuatu bidang ilmu atau matapelajaran, serta kemahiran generik yang dikuasai oleh individu pelajar membolehkannya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara secara efisien dalam situasi perubahan teknologi yang berterusan.

Dalam literatur pendidikan, istilah kemahiran generik sering diutarakan dengan pengertian yang arbitrari. Gagne mentakrifkan kemahiran generik sebagai strategi kognitif. Sarjana kognitif pula merujukkannya sebagai ilmu bebas domain (domain- independent knowledge) Stasz (1990). Bikson dan Law (1995), mentakrifkan kemahiran generik sebagai  suatu literatur pendidikan umum tentang keupayaan kognitif seperti belajar cara belajar, menganalisis dan menyelasaikan masalah, inovasi dan komunikasi. Attewell (1994), pengguna atau pekerja yang memiliki kemahiran generik dapat mempelajari aplikasi baru yang disampaikan kepadanya dengan mudah.

Dalam hal ini, kemahiran generik dilihat sebagai sangat penting namun masih kurang diberikan penekanan. Institusi pengajian tinggi dan maktab-maktab perguruan menjadikan kemahiran generik sebahagian daripada kurikulum pengajian. Latihan Guru Sekolah Bestari yang ditawarkan di beberapa maktab perguruan di Malaysia memberikan penekanan terhadap peningkatan kemahiran generik yang meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar, kemahiran mentaksir dan menilai dan kemahiran fasilitator. Meskipun aplikasi kemahiran generik semakin diberikan penekanan, namun terdapat variasi tentang sub-kemahiran yang terangkum dalam kemahiran generik.

Walaupun terdapat pelbagai perspektif kemahiran generik, para sarjana bersetuju bahawa jenis kemahiran generik yang utama ialah kemahiran berfikir (penyelesaian masalah), strategi pembelajaran (mencipta mnemonik untuk mengingat dan kemahiran metakognitif). Para sarjana, penggubal kurikulum dan pelaksana pendidikan bersetuju tentang kepentingan kemahiran generik serta tuntutan untuk melengkapkan individu pelajar dengan kemahiran tersebut.

Konsep dan prinsip Kemahiran Bernilai Tambah yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejajar dengan kemahiran generik. Kemahiran Bernilai Tambah merupakan kemahiran umum yang diaplikasikan merentas semua domain mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah. Kemahiran Bernilai Tambah memerlukan masa yang lebih panjang untuk dikuasai berbanding dengan ilmu atau kemahiran dalam mata pelajaran tertentu. Kemahiran Bernilai Tambah merupakan kemahiran yang diperolehi melalui aplikasi kemahiran generik, serta melalui aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kemahiran Bernilai Tambah terdiri daripada:

1.  Kemahiran berfikir
2. Kemahiran belajar cara belajar
3.  Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
4. Kajian masa depan
5. Kecerdasan pelbagai
6.  Pembelajaran konstruktivisme
7. Pembelajaran kontekstual

1.         ( II )   KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)                                DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid-murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Antara kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah:

1.    Mencirikan
2.    Mengelaskan, mengumpulkan mengkategorikan
3.    Menghubungkaitkan
4.   Membandingkan dan membezakan
5.    Menyusun mengikut keutamaan
6.    Menentukan urutan
7.   Mengenalpasti kenyataan benar dan palsu
8.    Membezakan fakta dan pendapat (I think, Ibelieve, I feel, In my opinion)
9.    Menganalisis
10. Mengesan kecondongan pendapat
11. Mengenalpasti sebab dan akibat
12. Meramalkan
13.  Mensintesiskan
14.  Mengitlak
15.  Menganalogikan
16. Membuat inferens
17. Membuat kesimpulan
18. Menginterpretasikan, mentafsirkan
19.  Menilai
20. Menjana idea
21. Mereka cipta
22.  Merumuskan, meringkaskan
23.  Menyelesaikan masalah
24. Membuat keputusanuntuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran   tersebut, alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan (bertumpu, bercapah dan  lingkaran soalan) serta peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan  pembelajaran .

Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran Belajar Cara Belajar diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan.  Kemahiran Belajar yang perlu dikuasai ialah menentukan bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, kecekapan, kemahiran dan bertindak untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar dan sering berubah.  Melalui pengalaman yang dilalui sendiri oleh murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar dan merupakan pembelajaran seumur hidup.  Antara aspek Kemahiran Belajar Cara Belajar ialah:

1.    Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif
2.    Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan
3.    Kemahiran membaca ( untuk pemahaman, membaca pantas)
4.    Kemahiran mencatat dan menulis pantas
5.    Kemahiran menghasilkan laporan
6.  Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai, jadual, carta  alir dan hierarki
7. Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri,rancangan pembelajaran, pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak.
8.    Persediaan menghadapi peperiksaan
9.    Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei
10.  Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang
11.  Strategi belajar dalam kumpulan

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan memperolehi maklumat melalui internet. Kemahiran generik ini berasaskan empat bentuk penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:
1. TMK untuk pembelajaran tutorial.  Pembelajaran secara tutorial menggunakan komputer dan perisian pendidikan sama ada dalam CD-ROM, cakera keras atau laman web, membolehkan kandungan pelajaran disampaikan dalam urutan yang ditetapkan dan dikawal oleh sistem.  Pembangun perisian kini mereka bentuk perisian pendidikan bercirikan sistem tutorial pintar (intelligent tutorial system) dan berupaya menyesuaikan maklumat mengikut tahap keupayaan murid.
2. TMK untuk tujuan penerokaan. Penggunaan TMK secara penerokaan yang berasaskan pendekatan konstruktivisme ini membolehkan murid membuat inkuiri penemuan dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet dan portel maklumat, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan demonstrasi dengan langkah menggunakan perisian untuk membuat tugasan dan menggunakan perisian aplikasi umum seperti atau prosesnya dikawal oleh murid sendiri.
3.  TMK sebagai alat aplikasi.  Murid berupaya pemproses kata, hamparan elektronik, perisian untuk mereka bentuk (CAD) serta alat aplikasilain seperti penyemak ejaan, tesaurus dan sebagainya.
4. TMK sebagai alat pemudah komunikasi. Kaedah ini membolehkan murid menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dengan guru atau murid lain menerusi perkembangan terkini. Komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod termasuk teks, grafik, audio, video atau kombinasinya.

Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD)

 Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau (membuat ramalan), masa kini (menjangka akibat) dan masa depan (mengendalikan perubahan).  Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

Setiap individu memiliki kebolehan dan kecerdasan yang berbeza. Kecerdasan pelbagai ini merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik-metamatik, muzik, kinestatik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.   Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan  minat  dan  kecenderungan  mereka  kerana  setiap  individu   mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.   Kecerdasan yang dikenalpasti adalah:

1.   Kecerdasan verbal-linguistik.  Kebolehan menggunakan kata-kata (sebutan) dengan berkesan secara lisan dan penulisan, mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa.
2.   Kecerdasan logik-matematik.  Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan, menguasai prinsip sebab akibat, kecekapan membuat jangkaan menggunakan logik.
3.   Kecerdasan visual-ruang.  Kebolehan  mengesan serta  menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.
4.   Kecerdasan kinestatik.  Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, termasuk kemahiran fisikal seperti koordinasi, kelenturan, kepantasan dan keseimbangan.
5.  Kecerdasan muzik.  Kebolehan mengesan irama dan lagu termasuk membezakan dan mengubah rentak dan tempo.
6.   Kecerdasan interpersonal.  Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.
7.  Kecerdasan intrapersonal.  Kebolehan memahami diri sendiri  dari segi kekuatan dan kelemahan, hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan persepsi individu.  Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal kemarahan dan kesedihan.
8.  Kecerdasan naturalis.  Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian.  Ia merangkumi kebolehan mengesan artifak sejarah dan budaya. Kreativiti guru menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran dan jenis kecerdasan murid yang dididiknya akan memberikan rangsangan untuk murid belajar dengan penuh minat dan lebih menguasai ilmu yang dipelajarinya.  Proses ini juga memungkinkan murid mula menyedari potensi dan kecerdasan dalam diri mereka.

Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme

Pendekatan konstruktivisme dalam pembelajaran dapat melahirkan pelajar yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.  Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat. Konstruktivisme menekankan pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, serta pembinaan pengalaman melalui interaksi sosial. Pembelajaran Konstruktivisme berasaskan format 5E seperti berikut:

1. Engage (menghubungkait) - merangsang rasa ingin tahu murid dengan memberikan tugasan , mengemukakan soalan dan mencetuskan minat.
2. Explore (meneroka) - memenuhi rasa ingin tahu melalui penyiasatan, pertanyaan, menggalakkan kerja berkumpulan dan menjalankan eksperimen.
3. Explain (menerangkan) - menerangkan konsep, istilah, menyoal balas penerangan, meminta bukti dan alasan dan penjelasan.
4. Elaborate (menghuraikan) - mengembangkan konsep dalam konteks lain, membuat dan meneliti hubung kaitan konsep / topik dalam perkara lain serta membuat hubung kaitan konsep / topik dengan situasi sebenar.
5. Evaluate (menilai) - menguji kefahaman murid, menunjukkan kefahaman atau pengetahuan konsep, mengukur pengetahuan dan kemahiran murid dan mengemukakan soalan terbuka.

Kemahiran Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran ini adalah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman sendiri individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai secara konkrit yang melibatkan latihan amal adab berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid-murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka. Antara prinsip pembelajaran kontekstual ialah:

1.    kandungan pelajaran disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai
2.    berpusatkan murid
3.    menekankan pembelajaran secara konkrit
4.    berasaskan kecekapan dengan melibatkan latih amal (hands-on) dan berfikir
5.    menekankan interaksi
6.    pembelajaran koperatif
7.    akses kepada maklumat

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Kemahiran bernilai tambah alaf baru mengutamakan pengalaman dibilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar serta senario dunia yang global. Sehubungan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar dapat memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Bernilai Tambah merupakan suntikan baru kepada pengisian kurikulum, selain mengekalkan elemen pengisian kurikulum yang sedia ada seperti penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan dan patriotism serta peraturan sosiobudaya. Tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran bernilai tambah yang diterapkan secara eksplisit dalam kurikulum semakan memperlihatkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysian ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti.

Di samping itu, Kemahiran Bernilai Tambah perlu diintegrasikan dengan kandungan isi pelajaran sesuatu subjek. Oleh itu, guru harus terlebih dahulu mengenalpasti kandungan mata pelajaran untuk disisipkan dan mengajarkan kemahiran bernilai tambah tertentu.

Dari segi kurikulum, kemahiran bernilai tambah ialah unsur dalam pengisian kurikulum.  Sebagaimana unsur-unsur lain (nilai murni, ilmu, patriotisme dan kewarganegaraan dan peraturan sosiobudaya) kemahiran bernilai tambah diintegrasikan secara penyerapan.  Kurikulum Bahasa Melayu semakan mengekalkan prinsip asas pengajaran iaitu penggabungjalinan dan penyerapan.  Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu bertujuan memantapkan kebolehan berbahasa dan meningkatkan perkembangan dan kebolehan pelajar dari segi kognitif, afektif, emotif dan psikomotor pelajar. Sehubungan itu, penyerapan kemahiran bernilai tambah mengambil kira:

• kesesuaian kemahiran bernilai tambah dengan objektif dan hasil pembelajaran
• bahan dan teknik untuk mengajarkan kbt
• penyusunan langkah untuk mencapai hasil pembelajaran
• peruntukan masa bagi langkah untuk menyerapkan jenis kemahiran bernilai tambah
• aspek penilaian formatif hasil pembelajaran dan kemahiran bernilai tambah.

Kesesuaian Jenis Kemahiran Bernilai Tambah yang akan diintegrasikan dengan hasil pembelajaran setelah menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memikirkan jenis kemahiran bernilai tambah yang dapat diserapkan dan dihubungkaitkan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai dalam waktu pengajaran.  Guru harus menentukan kemahiran bahasa yang dijadikan fokus, sama ada kemahiran mendengar dan bertutur, membaca atau menulis. Pertimbangan perlu dibuat agar kemahiran ini terjalin dengan aktiviti dan langkah pengajaran yang dirancang untuk mencapai hasil pembelajaran.  Langkah yang terancang bagi pengembangan kemahiran bernilai tambah perlu agar kemahiran ini diserapkan kepada pelajar dengan berkesan.

Malahan, kepentingan pengajaran bernilai tambah ialah, ia merupakan salah satu cara untuk memenuhi konsep pembelajaran seumur hidup dan menempuh cabaran abad ke-21.  Dengan adanya kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran kajiaan masa depan, pelajar dapat bersedia untuk menghadapi segala masalah dan cabaran pada masa depan.  Hal ini kerana, kaedah kajian masa hadapan merupakan satu pendekatan pengajaran yang mendidik pelajar agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa hadapan.  Ini bermakna, pelajar dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan.  Selain itu, kemahiran bernilai tambah yang disarankan dalam pengisian kurikulum sukatan pelajaran dapat memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid secara tidak langsung. Biarpun murid ini tidak mempelajari kemahiran muzik dan kemahiran berfikir misalnya, namun kesan penyerapan itu dapat diambil positif oleh setiap pengguna kurikulum sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Sebagai contoh, guru menetapkan objektif pelajaran berdasarkan hasil pembelajaran Tahun 1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR), kemahiran mendengar dan bertutur, 1.4: Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila dan 1.4.2: Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi keluarga asas dalam situasi formal dan situasi tidak formal secara bertatasusila. Beberapa aktiviti jenis kemahiran bernilai tambah boleh dihubungkaitkan dengan hasil pembelajaran di atas.  Aktiviti mendengar rakaman dialog yang mengandungi kata panggilan formal, disusuli dengan latihan secara berpasangan, murid melakonkan semula kata bual yang didengar menggunakan kata panggilan yang betul, melatih kemahiran mendengar dan bertutur.  Panduan mendengar secara intensif dan latih tubi dalam bentuk soal jawab tentang bahan yang didengar, murid-murid dapat  menyerapkan kemahiran mendengar sebagai suatu aspek kemahiran belajar.

Latihan membuat simulasi berjumpa kawan lama dan keluarganya di bandar dapat membolehkan murid berlatih bertutur dan mendengar dalam situasi tertentu, menyediakan ruang latihan menggunakan kata panggilan, serta pada masa yang sama dapat mengasah kecerdasan interpersonal murid, suatu kemahiran generik yang penting bagi perkembangan diri individu. Latihan membuat rumusan tentang penggunaan kata panggilan bagi situasi formal dan tidak formal berdasarkan bahan yang didengar atau dibaca mengabungjalinkan kemahiran membaca dan menulis di samping menguji pengetahuan sedia ada murid serta meningkatkan kemahiran merumus, suatu jenis kemahiran berfikir.  Melalui teknik lain yang lebih kreatif dalam pengajaran, guru dapat menyalurkan kemahiran bernilai tambah lain sesuai seperti kemahiran kontekstual, di samping dapat mencapai objektif hasil pembelajaran yang ditetapkan.  Kemahiran bernilai tambah perlu diolah dan diintegrasikan secara natural tetapi terancang dalam langkah pengajaran.  Hasil pembelajaran yang menjadi fokus pengajaran harus disisipkan kemahiran bernilai tambah melalui proses yang berterusan, berulang-ulang dan kreatif dapat menyematkan kemahiran hidup (living skills) kepada murid.  Pengintegrasian kemahiran bernilai tambah menjadikan ilmu yang dipelajari murid dalam kelas lebih bermakna dan releven dengan tuntutan kehidupan mereka pada masa hadapan.  Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu terbentuk daripada hasil pembelajaran dan sistem bahasa.  Unsur kemahiran bernilai tambah boleh diperlihatkan dalam pernyataan objektif tersebut; umpamanya:

a. Mengemukakan tiga pernyataan inferens tentang kesan permakanan tidak seimbang.(Contoh pernyataan inferens: Makan banyak makanan yang manis dan berkanji menimbulkan masalah berat badan berlebihan.)
b.   Mencatat lima maklumat penting berdasarkan maklumat yang didengar.
c. Menggemukakan peta konsep karangan ‘Amalan pemakanan yang sihat’ menggunakan alat aplikasi komputer yang telah dipelajari.

Objektif a: Memperlihatkan penyerapan kemahiran membuat inferens.  Objektif b: Dapat menguji kecekapan murid mencatat nota (dengan andaian guru telah mendedahkan teknik mencatat nota kepada murid.)  Objektif c: Dapat melatih murid membina peta konsep di sampig dapat dijadikan ukuran untuk menilai tahap kecekapan aplikasi teknologi maklumat.

Tumpuan pengajaran dan mencapai hasil pembelajaran adalah yang menjadi fokus utama dalam sesuatu pelajaran yang juga merupakan objektif pertama dalam pengajaran dan pembelajaran.  Bagi subjek Bahasa Melayu, beberapa pernyataan hasil pembelajaran bertindan dengan kemahiran bernilai tambah tertentu umpamanya kemahiran berfikir dan belajar cara belajar tertentu, bererti jumlah masa yang diperuntukkan lebih panjang berbanding dengan pernyataan yang tidak menjurus kepada kemahiran bernilai tambah.  Bagi tujuan menyerapkan jenis kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran, satu atau dua aktiviti perlu disediakan; misalnya melatih murid membaca secara imbasan indeks, menukarkan maklumat teks kepada bentuk grafik atau mengajarkan cara membuat generalisasi. Pengaplikasian kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) biasanya memakan masa yang lebih lama dari segi persiapan bahan dan peralatan.  Hal ini menuntut pengurusan kelas dan bahan yang lebih efisien pada pihak guru.

Di samping mengukur tahap pencapaian murid terhadap hasil pembelajaran yang menjadi objektif, penilaian formatif juga dijalankan untuk menilai tahap pencapaian murid.  Contohnya, apabila seorang murid diminta melakonkan semula atau membuat improvisasi berdasarkan rakaman yang diperdengarkan, penilaian bukan sahaja dibuat dari segi kebahasaan (ketepatan memilih kata dan kelancaran sebutan), malah guru boleh meletakkan ukuran kreativiti dan penghayatan untuk menilai tahap kecerdasan kinestatik.  Di sini jelas menunjukkan bahawa kemahiran bernilai tambah diintegrasikan dengan isi pelajaran teras (hasil pembelajaran) secara terancang pada waktu pengajaran. Bagi mengendalikan pengajaran demikian, guru harus bijak memilih dan menggunakan teknik pengajaran yang sesuai supaya kemahiran bahasa dan kemahiran generik dikuasai murid.  Perkara-perkara berikut perlu diingat dalam aktiviti dan langkah pengajaran dan pembelajaran semasa mengintegrasikan kemahiran bernilai tambah.

Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), pasti ada penyerapan komponen Kemahiran Bernilai Tambah (KBT).  Tujuannya adalah bagi memastikan murid mencapai objektif pembelajaran di samping pengisian kurikulum yang direncanakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tercapai.  Fungsi KBT adalah memastikan unsur positif dan mapan yang terkandung dalam kurikulum sebelumnya sekaligus melahirkan pendidikan yang berkualiti.  Dalam aktiviti dan langkah P & P bahasa Melayu yang dirancang, komponen-komponen kemahiran bernilai tambah yang diserapkan dapat memberi pengalaman dan pengetahuan tentang sesuatu kemahiran yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian murid-murid. Misalnya, kemahiran belajar cara belajar yang mengandungi aspek mengingat jangka panjang serta kemahiran mendengar.  Dalam aktiviti yang dirancang, guru memulakan pengajaran dengan memperdengarkan rakaman perbualan di radio untuk situasi di kedai buku.  Ketika itu, murid perlu menumpukan perhatian mereka dengan mengaplikasikan kemahiran mendengar aktif yang telah dipelajari.  Murid telah diajarkan beberapa ayat dasar yang berkaitan dengan situasi di kedai buku.  Murid perlu menghafal setiap baris ayat itu untuk diaplikasikan semasa mengalaminya di dunia sebenar.  Untuk itu, murid perlu mengingat jangka panjang dialog situasi itu serta mengingat beberapa kosa kata tambahan yang dipelajari semasa aktiviti latih tubi gentian bagi sistem bahasa dan tatabahasa.
Dalam kemahiran kecerdasan pelbagai, ia melibatkan ilmu yang pelbagai untuk diserapkan dalam aktiviti pengajaran.  Kecerdasan Pelbagai terdiri daripada kecerdasan interpersonal, intrapersonal serta verbal-linguistik. Bagi kecerdasan interpersonal, aktiviti P&P membolehkan murid memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.  Kecerdasan ini merangkumi keupayaan bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakkan dan mempengaruhi orang lain.  Contohnya, apabila guru menyuruh murid mencari pasangan untuk berdialog bagi situasi di kedai buku, murid dapat menjalankannya dengan baik di mana setiap mereka menyelami perasaan dan hasrat masing-masing dalam urusan pembelian dan penjualan barang di kedai buku tersebut.

Kecerdasan intrapersonal pula menekankan aspek pemahaman terhadap diri sendiri termasuklah kemahiran mengawal emosi.  Murid akan memahami diri sendiri ketika cuba menyatakan hasrat dan keperluan serta dapat mengawal emosi mereka semasa berurusan dengan peniaga.  Manakala, kecerdasan verbal-linguistik ialah tata tingkat kemahiran lisan.  Verbal-linguistik ialah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan sama ada melalui lisan, penulisan, mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa.  Semasa aktiviti dijalankan, sememangnya murid-murid ini akan melalui proses komunikasi berkesan sesama mereka.  Mereka juga akan cuba meyakinkan orang lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Di samping itu, murid dapat menggunakan laras bahasa yang sesuai.

Pembelajaran kontekstual ialah pendekatan pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran di sekolah dengan kehidupan seharian mereka.  Sebagai contohnya, aktiviti latih tubi dialog situasi di kedai buku boleh mengaitkan pengetahuan murid dengan kehidupan seharian.  Melalui aktiviti ini juga, murid akan memperoleh pengalaman baharu dalam hidup mereka khususnya hubungan mereka dengan dunia luar agar mereka tidak kekok menghadapi persekitaran kelak.


1.            
Rancangan Pengajaran Harian (KSSR)
BAHASA MELAYU TAHUN 1

(III)   RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)





M/Pelajaran

:

Bahasa Melayu                                            Kelas:    Tahun 1 Bestari

Tarikh / Hari

:

27 September 2011   [ Selasa ]


Masa

:

08.00 Pagi – 09.00 Pagi  [ 60 Minit ]

Tema

:

Bersih Dan Sihat

Tajuk

:

Kelas Ceria



Fokus Utama



:

Standard
Kandungan

2.2    -  Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.


Standard
Pembelajaran
2.2.3 -  Membaca dan memahami ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.


Fokus Sampingan


:

Standard
Kandungan

5.1    -  Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.

Standard
Pembelajaran

5.1.4 -  Memahami dan menggunakan kata kerja dengan betul mengikut konteks.



Objektif



:

Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat:
1.  Membaca dan menyebut kata kerja yang terdapat dalam bahan
     bacaan dengan betul dan jelas.

2.  Memadankan sekurang-kurangnya 3 kata kerja dengan gambar  yang      betul.

3.  Melengkapkan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 ayat dengan kata
     kerja yang betul.



Aktiviti


:

1. Menyebut dan membaca kata kerja dengan betul secara kelas.
2. Memadankan kata kerja-gambar dengan tepat secara individu.
3. Melengkapkan ayat dengan kata kerja yang sesuai.


Sistem Bahasa


:


Tatabahasa - kata kerja

Penerapan Nilai

:

* Kebersihan                            * Toleransi 
* Bekerjasama                         * Berani mencuba

Penerapan Ilmu


:

- Kajian Tempatan                  - Pendidikan Moral
- P.Sivik & Kewarganegaraan                                   


Kemahiran Bernilai Tambah

:

* Kemahiran Berfikir                  - Menghubungkaitkan
* Kemahiran Konstruktivisme    - Membersihkan kelas
* Kecerdasan Pelbagai              - Memadan / menyebut / membaca
Pendekatan/Strategi P&P


:
* Berpusatkan Murid    - Menyebut / membaca
                                     - Melengkapkan ayat / memadan perkataan
* Berbantukan Bahan / Media / Sumber / ICT



Media



:

* Petikan
* Gambar
* Kad perkataan
* Papan tulis
* Kotak Kad & gambar
* Lembaran kerja - Lengkapkan ayat / memadan



Pentaksiran


:

............................................................................................................
............................................................................................................
............................................................................................................



Pengayaan


:

Murid-murid melengkapkan ayat dengan kata kerja yang betul mengikut situasi.



Pemulihan


:

Murid-murid menyebut  dan membaca kata kerja dengan betul dan jelas.

Memadan kata kerja dengan gambar yang betul.


Refleksi


:

............................................................................................................
............................................................................................................
............................................................................................................




PROSEDUR PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Langkah

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran
& Pembelajaran

Catatan/
Contoh







Set
Induksi

(5 minit)
Pengenalan Kepada Tajuk:


Guru memaparkan gambar kelas kepada murid-murid. Kemudian meminta murid-murid bercerita tentang gambar tersebut.

Kecerd.Pelbagai
Murid menaakul gambar dan memberi reaksi terhadap gambar yang dipaparkan.
Contoh:
(G) - Ini gambar apa?
      - Cuba ceritakan, tentang gambar ini.
(M) - Itu gambar kelas/ bilik darjah.
Konstruktivisme
         Kelas itu kelihatan kemas, bersih dan teratur.     

Guru mengaitkan gambar dengan isi pelajaran.
(G) – pelajaran kita pada hari ini ialah “Menjaga Kebersihan kelas”
Ilmu:
Kajian Tempatan

Pendidikan Moral,

Nilai: Bekerjasama 



KBT: Konstruktivisme
Kec. Pelbagai



Strategi:
Berpusatkan Murid









Langkah
1

(10 minit)
Isi Pelajaran
Tajuk:
‛Menjaga Kebersihan Kelas’

‛Menjaga kebersihan kelas’
Ini kelas Tahun 1 Bestari.
Murid-murid bekerjasama membersihkan kelas mereka.
Abdul menyusun kerusi.
Ah Lin menyapu sampah.
Suraya mengelap tingkap.
Devi memadam papan tulis.
Mimi menampal jadual waktu kelas.
Aminah memasang langsir.
Kelas Tahun 1 Bestari keliahatan ceria dan bersih.

Guru mencabar minda murid-murid tentang gambar.

Kemudian, guru meminta murid-murid membaca petikan yang guru tunjukkan pada skrin.

Kemah. Berfikir
Murid cuba memberi idea tentang cara-cara menjaga kelas.
Murid membaca petikan‛Menjaga kebersihan kelas’ dengan bimbingan guru.
Konstruktivisme
(G) - Bagaimanakah caranya kita dapat menjadikan kelas seperti ini?
        -   Baca petikan berikut dengan betul 
            dan jelas.
(M)  -   Bergotong-royong bersihkan kelas.
       -  Murid-murid membaca petikan secara kelas (beramai-ramai)      




Ilmu:
Kajian Tempatan

Pendidikan Moral,





Nilai: Bekerjasama
Toleransi 

KBT: Konstruktivisme
Kemah. Berfikir



Strategi:
Berbantukan Bahan/media





Langkah 2

(10 minit)
Penerangan Isi Pelajaran

Tajuk:
‛Menjaga kebersihan kelas’
Ini kelas Tahun 1 Bestari.
Murid-murid bekerjasama membersihkan kelas mereka.
Abdul menyusun kerusi.
Ah Lin menyapu sampah.
Suraya mengelap tingkap.
Devi memadam papan tulis.
Mimi menampal jadual waktu kelas.
Aminah memasang langsir.
Kelas Tahun 1 Bestari keliahatan ceria dan bersih.

‛Kata Kerja’


Guru meminta murid (berkumpulan), menyebut perkataan berwarna biru yang terdapat dalam petikan.

Murid menyebut perkataan berwarna biru dalam kumpulan secara bergilir-gilir.
Contoh:
Kemah. Berfikir
(G) - Sebutkan perkataan yang berwarna biru?
(M)  -  Murid-murid menyebut:    

menampal

menyapu

memasang
mengelap
menyusun
 




Murid menyebut kata kerja yang ditunjukkan oleh guru (fasilitator).
Ilmu:
Pendidikan Moral,

PSK

Nilai:
Berani mencuba


Strategi:
Berbantukan
Bahan/ Media

KBT: Kemahiran Berfikir:





Langkah 3

(10 minit)
Aktiviti Kelas:
‛Kata Kerja’
menyusun
 

menampal
menyapu
memadam
mengelap
Guru memberi penerangan cara-cara melaksanakan aktiviti kepada kelas.

Kemah. Berfikir
Murid-murid melakukan aktiviti seperti yang ditunjukkan oleh guru.


Contoh:
(G) 1.Padankan gambar dengan kata kerja. Kemudian sebut perkataan tersebut.





menampal

menyapu

Kemah. Berfikir
 



(G) 2.Padankan kata kerja dengan gambar. Kemudian sebut perkataan tersebut.
mengelap

memasang

 






Guru menjadi fasilitator.

Ilmu:
Pendidikan Moral,

PSK


Nilai:
Berani Mencuba

Strategi:
Berbantukan
Bahan/ Media



KBT: Kemahiran Berfikir:














Langkah 4
(10 minit)
Perbincangan Dalam Kumpulan:
Aktiviti Kumpulan:
‛Isi & Padan’

Kotak
Perkataan
 



melukis
Kad perkatan
menyusun
Kotak
Perkataan
melukis
membersih
Kotak
Gambar
 












Kotak
Gambar
Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
                                                 
Setiap kumpulan diberi sebuah kotak yang mengandungi kad (kata kerja) dan kad gambar.
Kum2
Kg
Kum1
Kp
Kum4
Kp
Kg
Kum3
Kp
Kg
 





Dua kumpulan isi tempat kosong-gambar dan dua kumpulan lagi memadan gambar-kata kerja.

Kumpulan yang cepat siap dan betul dalam setiap kategori dikira sebagai pemenang.

Setiap orang murid (ahli kumpulan) terlibat.

Contoh:
Kumpulan 1 dan 2 (kata kerja-gambar)
membersih
Kecer. Pelbagai
melukis
Kemah. Berfikir
 




mengelap
Rohana sedang ………………….. tingkap.
Kumpulan 2 dan 4 (Isi tempat kosong-gambar)
Siti ………………….sampah dalam kelas.
menyapu
 






Murid-murid membaca kata kerja yang dipadankan oleh rakan-rakan mereka secara kelas.
Ilmu:
Pendidikan Moral,


Nilai:
Bekerjasama
Toleransi

Startegi:
Berpusatkan Murid
Berbantukan Bahan/ Media
KBT:
Kemahiran Berfikir:
-mengumpul/
-mengelas
Kecerdasan Pelbagai

















Langkah 5
(10 minit)

Menyiapkan Tugasan
Lembaran Kerja:
‛Kata Kerja’
Murid melengkapkan ayat dengan kata kerja yang betul.
 


Murid memadan gambar dengan kata kerja yang betul.

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid mengikut kumpulan:
Kemah. Berfikir
Contoh:
Kumpulan PENGAYAAN:
menyusun
menampal
menyapu



1. Ali dan Abu sedang …………kerusi meja.
2. Siti dan rakan-rakan………………tingkap.
3. Cikgu  Anna sedang………………langsir.
4. Rohana ……………kelas agar bersih.
5. Ketua Kelas…….………jadual waktu.

Lengkapkan ayat berikut dengan kata kerja yang sesuai.
memasang
mengelap
 






Kumpulan PEMULIHAN:
Kemah. Berfikir
melukis
Memadan gambar - kata adjektif.
menyapu
menyusun
 



mengelap
memasang

Ilmu:
Pendidikan Moral 







Nilai:
Berani Mencuba

KBT: Kemahiran   Berfikir:
-memadan
-mengelas






Penutup
(5 minit)
Rumusan P&P
[ Refleksi ]
‛Menjaga Kebersihan Kelas’
Guru meminta murid-murid membuat rumusan tentang isi pelajaran.

Kemah. Berfikir
Murid merumuskan pelajaran dengan ayat sendiri atas bimbingan guru:
Contoh:
1. Kita harus bekerjasama bersihkan kelas.
2. kalau kelas bersih, kita dapat belajar dengan selesa dan seronok
3. Kata kerja menunjukkan perbuatan.

Murid-murid diberi bimbingan oleh guru membuat pembetulan.

Murid menulis ayat yang telah diperbetulkan oleh guru dalam buku latihan masing-masing.




2.      IMPLIKASI-IMPLIKASI PEMEROLEHAN BAHASA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Teori Pemerolehan Bahasa
Setiap insan yang dilahirkan ke dunia dikurniakan bersama-samanya beberapa alat fizikal yang sesuai untuknya memperolehi bahasa.  Semua insan di dunia ini mempunyai alat fizikal yang sama untuk melakukan setiap perkara dan mengikut kepada teori biologis, sejak lahirnya sesorang anak itu, sesungguhnya telah dikurniakan satu kebolehan iaitu kebolehan berbahasa.  Setiap kanak-kanak memperoleh bahasa pertama bukan melalui proses pembelajaran tetapi proses ini berlaku dengan tidak formal.  Kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan berkesan apabila mereka didedahkan dengan pengalaman yang banyak sekaligus dapat meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Terdapat beberapa teori pemerolehan bahasa yang telah dinyatakan oleh tokoh-tokoh aliran ini iaitu teori behaviorisme, teori mentalis, teori interaksionalis dan teori kognitif.  Semua aliran ini mempunyai pelbagai pendapat dan cara tersendiri untuk menerangkan bagaimana seseorang individu yang bergelar manusia dapat mempelajari sesuatu bahasa sejak mereka kecil lagi.

1.         Teori Behaviorisme
Menurut Mangantar Simanjuntak (1987:66), Teori Behaviorisme pada asalnya adalah lanjutan daripada teori pelaziman klasik Pavlov.  Oleh kerana Watson (1930), telah berjaya memperkenal satu prinsip pembelajaran yang baru maka beliau telah digelar bapa behaviorisme terutama di Amerika Syarikat.  Aliran behaviorisme yang telah dianut oleh Watson mempunyai tujuannya yang tertentu.  Psikologi memainkan peranan yang penting, hal ini kerana peramalan dan pengawalan atau pengawasan perilaku tidak mempunyai kaitan dengan kesedaran.  Setiap apa yang dikaji oleh psikologi menurut behaviorisme ialah setiap perkara yang diamati secara langsung iaitu gerak balas sedangkan setiap yang berlaku tidak berkaitan untuk dikaji.

Bagi Mangantar Simanjuntak (ibid:67), Watson dalam kajiannya melibatkan seorang bayi berumur 11 bulan yang bernama Albert.  Eksperimen ini bertujuan bagi memastikan teori behaviorisme yang diperkenal benar sama sekali.  Bayi tersebut yang tidak mempunyai rasa takut terhadap binatang berbulu putih seperti tikus putih.  Proses kajian bermula dengan Watson memukul batang besi dengan sebuah palu setiap kali bayi tersebut memegang tikus putih itu.  Akibat daripada pukulan Watson, tidak lama kemudian bayi tersebut menjadi takut, bukan sahaja terhadap tikus tersebut malahan terhadap semua benda yang berbulu putih.  Oleh yang demikian, Watson mendakwa teori yang telah diperkenal olehnya telah berjaya.
Menurut Kamarudin Hj Husin (1988:11), beliau menyatakan bahawa otak manusia diibaratkan seperti kotak hitam dan jika berlaku sebarang perkara di dalamnya maka tidak dapat diamati.  Aliran behavioris ini juga dipengaruhi oleh teori dan ilmu psikologi. Golongan behaviorisme ini juga menganggap, bahasa adalah proses perilaku yang menerangkan hasil operasi tindak balas yang semata-mata bergantung pada ciri-ciri naluriah yang ada pada manusia.  Kamarudin Hj Husin sekali lagi mengatakan bahawa aliran behaviorisme menganggap setiap pembelajaran bahasa merupakan satu kebiasaan yang diperolehi dengan mengulang setiap aktiviti yeng hendak dikuasai.

Dalam aspek pengajaran pula, aliran behaviorisme merupakan salah satu aliran yang mengutamakan bahasa lisan dan bahasa tulisan.  Walau bagaimanapun, bahasa tulisan merupakan bahasa kedua.  Menurut Kamarudin Hj Husin (1986:43), ahli-ahli behaviorisme telah menegaskan bahawa setiap pengajaran bahasa haruslah bermula dengan bahasa lisan kemudian diikuti dengan bahasa tulisan.  Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh ahli-ahli behaviorisme ini, dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah memastikan murid-murid bertutur sebelum beralih kepada kemahiran menulis.  Hal ini kerana, kemahiran lisan merupakan asas kepada kemahiran yang lain.  Jika murid tidak dapat menguasai peringkat asas, maka mustahil untuk murid-murid menguasai kemahiran yang berikutnya.

Menurut Kamarudin Hj Husin lagi (ibid:43), bahasa merupakan satu tabiat atau sesuatau perkara yang sudah menjadi kebiasaan.  Proses pengajaran ini sesuai diterapkan dalam proses pengajaran bahasa kedua.  Proses ini akan memberi satu perkara baru kepada murid-murid. Untuk membentuk  kebiasaan ini memerlukan latih tubi serta perbualan bahasa perlu diutamakan.  Dalam proses ini, murid-murid tidak perlu terikat dengan peraturan bahasa.  Dalam aliran ini, pengukuhan menjadi satu syarat penting dalam pembelajaran.  Pengukuhan merupakan salah satu cara yang dapat dilakukan bagi menetukan tingkah laku yang dikehendaki.  Dengan pengukuhan ini akan menjadikan murid lebih gembira dan menjadikan mereka akan melakukan sesuatu perkara yang memberikan mereka pujian.  Situasi sebegini adalah normal sebagai seorang manusia ynag mempunyai perasaan.
Ahli-ahli behaviouris menyimpulkan bahawa penguasaan bunyi bahasa dan sistem fonologi yang berkaitan ialah hasil proses rangsangan dan gerakbalas.  Orang-orang dewasa memberikan rangsangan bahasa yang secukupnya dalam bentuk yang mudah untuk ditiru. Kanak-kanak pula memberikan gerakbalas kepada rangsangan ini menerusi aktiviti cuba jaya dan akhirnya mereka dapat mengucapkan bunyi bahasa dengan betul. Sistem fonologi pula dipelajari sedikit demi sedikit hingga dikuasai sepenuhnya.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000:19), dalam bukunya “Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik”, beliau menyatakan bahawa kumpulan Behavioris berpendapat bahasa sesuatu perlakuan itu dapat dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sesuai.  Perlakuan tersebut dapat dikekalkan sekiranya ia dikukuhkan melalui ganjaran. Bagi Abdul Aziz(ibid:20), antara prinsip daripada teori Behaviorisme ini yang dapat diterapkan dalam bilik darjah adalah dengan guru memberi pujian apabila pelajar memberikan jawapan yang betul atau menghasilkan kerja-kerja yang baik.  Selain itu, ganjaran dalam bentuk markah atau gred perlu digunakan.  Guru atau pihak sekolah memberi hadiah seperti buku, plak dan sebagainya bagi menarik minat murid. Tambah beliau, guru juga mempamerkan hasil kerja pelajar yang baik, contohnya karangan dan karya-karya ilmiah yang dapat memberi penghargaan kepada mereka.

Di samping itu, guru juga boleh mengadakan aktiviti bahasa seperti pertandingan pidato atau bahas, acara berbalas pantun, membaca puisi dan sebagainya di sekolah dari semasa ke semasa dan para pemenang akan diberikan hadiah sebagai ganjaran.

Dalam kalangan kumpulan Behavioris, E.L Thorndike merupakan ahlilinguistik yang terulung dan beliau telah mengemukakan beberapa hokum penting yang berkaitan dengan aspek perlakuan dalam teori Behaviorisme. Hukum-hukum ini boleh diterapkan dalam aktiviti P&P bahasa. Dalam buku “Pedagogi Bahasa” tulisan Abdul Aziz Abdul Talib (2000:20), telah disenaraikan setiap hukum-hukum tersebut besertakan contohnya.

Bagi hukum pertama iaitu hukum latihan, latihan amat penting untuk membina dan mengukuhkan sesuatu perlakuan yang dikehendaki. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa misalnya, latihan diperlukan dalam bidang lisan (sebutan, intonasi, bacaan nyaring) dan seumpamanya. Demikian juga halnya dalam lain-lain aspek pengajaran bahasa seperti aspek tatabahasa atau menulis dan mengarang. Hukum keduanya ialah hukum kesan. Hukum ini menyatakan bahawa perlakuan-perlakuan yang ingin dibina atau dibentuk itu akan berkekalan atau terus berlaku sekiranya ia diberikan rangsangan dan ganjaran positif.  Ganjaran positif itu hendaklah diberikan secepat mungkin selepas perlakuan bahasa yang dikehendaki itu disempurnakan pelajar.  Misalnya, dalam latihan atau ujian bahasa ganjaran dalam bentuk markah atau gred atau pujian hendaklah diberikan serta-merta kepada pelajar. Hukum Kesan menyatakan bahawa faktor yang paling penting yang menentukan kesan ganjaran terhadap respons atau perlakuan yang baik itu ialah faktor masa.  Lebih singkat masa antara respons dan ganjaran, maka lebih kuatlah pertalian antaranya. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, Politzer danRivers (1964) berpegang kuat pada Hukum Kesan ini dengan mengatakan:

Languange is “behaviour”, and language behaviour can be learned by “inducing”, the student to “behave” the way are want him to behave....”

Hukum ketiga yang diterangkan Abdul Aziz Abdul Talib (ibid:21) ialah Hukum Tubi. Hukum ini menyatakan bahawa ganjaran memberikan kepuasan kepada pihak yang melakukan sesuatu respons.  Dalam hal ini, semakin kerap ganjaran diberikan, maka semakin menjadilah perlakuan yang dikehendaki itu berlaku. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, ganjaran perlu kerap diberikan berikutan dengan sesuatu aktiviti atau perlakuan bahasa yang baik.  Ini termasuklah komen positif guru yang membina, misalnya terhadap karangan yang dibuat oleh murid.  Bagi guru bahasa yang ingin membentuk perlakuan bahasa yang baik dalam kalangan para muridnya, ketiga-tiga hukum tersebut perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

2.         Teori Mentalis
Teori mentalis merupakan penentang kepada teori  Behaviorisme.  Golongan mentalis menentang hebat golongan behavoiorisme. Hal ini kerana, Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1990:32), memetik pendapat Chomsky bahawa teori behaviorisme tidak menghuraikan proses pemerolehan aspek bahasa secara menyeluruh. Beliau juga menyatakan bahawa setiap pemerolehan bahasa adalah proses mental bukan proses mekanis. Kenyataan Chomsky yang dipetik dalam buku Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, bahawa seseorang kanak-kanak yang lahir secara semulajadinya dapat menguasai bahasa ibundanya. Terdapat dua unsur penting dalam teori ini iaitu competence (struktur dalaman) dan performance (struktur luaran). Struktur dalaman adalah berbentuk makna manakala bagi struktur luaran adalah ujaran bahasa yang dipertuturkan oleh kanak-kanak semasa mereka mempelajari bahasa.

Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (ibid:32), memetik kenyataan Chomsky dan terdapat tiga sebab bagi mempertahan hipotesisi sejadi. Menurut Chomsky, bahasa mempunyai ciri-ciri tatabahasa sejagat iaitu kesemestaan formal dan kesemestaan substantif. Kedua-dua perkara tersebut mempunyai maksud dan cara tersendiri. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai rumus-rumus dasar dan rumus-rumus transformasi supaya dapat menggambarkan situasi bahasa itu.

Ciri-ciri kedua menerangkan bahawa setiap ujaran yang terdedah pada pendengaran mungkin sukar untuk diperolehi sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan sejadi. Ciri yang ketiga, Chomsky menyatakan bahawa kanak-kanak memperolehi system bahasa melalui ibunya dalam masa yang singkat.  Proses ini berlaku di antara empat hingga lima tahun.
Menurut Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofia Ahmad (ibid:33), yang memetik kata-kata McNeill yang merupakan seorang penyokong kuat aliran mentalis. Pendapat beliau, setiap kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia dikurniakan dengan Alat Pemerolehan Bahasa atau Sistem Pemerolehan Bahasa (Language Acquisition Device).  Pendapat yang dikemukakan oleh beliau menegaskan bahawa kanak-kanak yang baru dilahirkan mempunyai ciri-ciri linguistik sejagat iaitu kesemestaan formal dan kesemestaan substantif.  Oleh kerana unsur sejagat ini wujud dalam diri kanak-kanak maka mereka akan memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah.

Terdapat beberapa implikasi P & P bahasa bagi teori Mentalis. Dalam buku Zulkifley Hamid (1994) yang bertajuk “Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa”, beliau telah mengatakan pembelajaran bahasa berlaku melalui pengalaman menggunakan bahasa. Maksudnya di sini ialah murid mendapat pengajaran bahasa selepas melakukan komunikasi lisan sepanjang kehidupan mereka. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa tatabahasa dipelajari secara tidak langsung. Hal ini membuktikan bahawa pengajaran tersebut hendaklah menggunakan pendekatan deduktif. Misalnya, serapan dan peniruan model dalam aktiviti pengajaran bahasa yang dijalankan. Kanak-kanak menyerap tatabahasa pertama melalui komunikasi lisan (secara intuisi), kemudian menyesuaikan rumus-rumus yang terkandung dalam tatabahasa sejagat dengan menggunakan nahu tatabahasa bahasa pertamanya.

Di samping itu, implikasi yang lain ialah asas tatabahasa dikuasai dalam bentuk lisan tetapi murid tidak menghafal ayat-ayat seperti mana yang terdapat pada Teori Behaviorisme. Selain itu, Zulkifley Hamid (1994) juga berpendapat bahawa teori ini dapat menggalakkan pelajar menghasilkan pertuturan baharu secara kreatif berdasakan pengetahuan rumus bahasa.  Murid tidak dapat menerangkan rumus

tatabahasa yang diserapi tetapi masih boleh menggunakannya dengan cara yang betul hasil bimbingan guru semasa aktiviti di dalam kelas. Teori ini juga menganggap kesilapan bahasa sebagai ujian sebelum mencapai tahap kemahiran. Guru hendaklah menghadkan kesilapan mereka dan menggalakkan mereka memperbaiki berdasakan pengetahuan rumus yang telah mereka pelajari.
Oleh itu dapat difahami bahawa latihan-latihan yang diberi seharusnya membina kecekapan menggunakan rumus secara kreatif. Selain itu, teori ini juga turut menekankan kemahiran membaca dan menulis dan tidak mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur.

3.         Teori Interaksionalis
Teori pemerolehan bahasa ini baru berkembang dalam bidang psikolinguistik sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an.  Ahli-ahli interaksionalis ialah seperti Bloom (1970), Bowennan (1973), Cromer (1976) dan lain-lain sependapat bahawa kebolehan kognitif semata-mata tidak akan dapat menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran ini boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa.  Kanak-kanak sebaliknya perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk-bentuk bahasa yang tepat.
Hasil kajian Snown (1972), Ringle (1978) dan lain-lain menunjukkan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah akibat interaksi penjaga-penjaga dengan kanak-kanak.  Menurut Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofia Hamid (1993:35), pendapat ahli-ahli interaksionalis ini mendapat sokongan kerana terdapat bukti-bukti daripada kajian bahasa kanak-kanak yang telah dilakukan oleh Bloom, Bowerman, Halliday dan Wells.  Kajian yang telah dijalankan oleh Bloom menunjukkan kanak-kanak dapat memahami berbagai-bagai kategori semantik. Bowerman berpendapat perbezaan ini timbul kerana kedua anak-anaknya menggunakan kognitif yang berbeza.

Hal ini kerana proses kognitif dan proses bahasa merupakan satu perkara yang penting dalam teori pemerolehan bahasa. Joriah Long, Raminah Hj Sabrandan Sofia Hamid (1993:35), memetik kata-kata seorang ahli interaksionalis iaitu setiap perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan juga proses interaksi bahasa. Halliday juga berpendapat setiap kanak-kanak perlu menguasai bahasa. Hal ini kerana setiap manusia perlu untuk berinteraksi dengan masyarakat sekeliling.

Kamarudin Hj Husin (1998:38) dalam bukunya yang bertajuk Pedagogi Bahasa menyatakan bahawa teori pembelajaran interaksionalis memerlukan kanak-kanak didedahkan kepada interaksi linguistik. Dengan pendedahan yang diberi, murid-murid boleh mengenal pasti dan mempelajari bagaimana untuk menggambarkan makna kognitif dalam satu bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Teori yang telah dikemukakan oleh Halliday ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai salah satu alat berinteraksi dan proses ini melibatkan mental dan linguistik. Seseorang penutur jati yang baik haruslah boleh untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul sama ada dari segi tatabahasa dan makna. Kamarudin Hj Husin (ibid:39), menyatakan bahawa dalam setiap pembelajaran bahasa, setiap guru haruslah memberi latihan yang banyak kepada murid-murid. Walaupun aliran interaksionalis ini menganggap penyampaian sesuatu bahasa itu lebih penting berbanding struktur bahasa namun kedua-dua perkara harus dijalankan serentak supaya murid-murid menguasai dua perkara sekaligus.

Bagi menjelaskan implikasi pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan menggunakan Teori Interaksionalis ini, terdapat beberapa kajian yang dapat dilihat dan diambil kira.  Teori yang dipelopori oleh Halliday ini banyak dipengaruhi teori bahasa fungsional yang melibatkan aktiviti komunikasi lisan murid.  Implikasi yang pertama dapat dilihat ialah pembelajaran bahasa untuk pelbagai tujuan interaksi.  Maksudnya, guru mengajar murid cara berkomunikasi untuk mereka mengaplikasikannya dalam pelbagai urusan kehidupan seharian mereka.  Ringkasnya, dapat difahami aktiviti yang dijalankan di dalam kelas lebih bercorakkan kontekstual.  Sebagai ahli masyarakat, mereka juga seharusnya mempunyai kemampuan menguasai kemahiran menggambarkan pemikiran dalam bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi sosial.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyampaian makna yang tepat adalah penting untuk berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul.  Oleh itu, makna dan tatabahasa dapat diajar serentak. Selain itu, teori interaksionalis juga membolehkan pendedahan kepada situasi linguistik bagi melatih murid menggunakan bahasa yang berkesan dalam interaksi sosial mereka.  Maksudnya, guru perlu mengajar aspek kecekapan komunikasi seperti linguistik, sosiolinguistik, wacana dan strategik. Bagi memperkaya aktiviti di dalam kelas, guru juga boleh merancang aktiviti tugasan bahasa iaitu task based.  Pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa seharusnya menarik dan dapat memberi makna kepada murid.  Bagi aspek latihan pula, guru boleh menggunakan teknik latih tubi bermakna secara sedikit untuk mendedahkan struktur tetapi masih mengajarkan sistem bahasa dan penggunaannya secara spontan dan fleksibel.  Guru tidak perlu membaiki kesilapan bahasa pelajar, cukup sekadar menyedarkan mereka sama ada bentuk atau struktur yang mereka gunakan itu betul atau salah, dan setelah mereka sedar akan kesilapan tersebut, guru digalakkan meminta murid membetulkannya sendiri.  Dalam erti kata yang lain, guru boleh membenarkan kesilapan pada peringkat awal bagi membolehkan murid berkomunikasi secara spontan dan fleksibel.

4.         Teori Kod Kognitif
Menurut Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1993:33), Piaget merupakan ahli kognitif yang terkenal berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai otak dan saraf yang tinggi. Dengan menggunakan otak, manusia mempunyai kebolehan dalam mempelajari pelbagai perkara. Proses pembelajaran merupakan satu proses mental dan bukanlah proses mekanis. Sebelum memperkenalkan teori kognitif ini, Piaget telah menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan. Kecerdasan ialah satu bentuk keseimbangan atau penyeimbangan ke arah semua fungsi kogniif bergerak.

Bagi Mangantar Simanjuntak (1987:97), apabila berlaku sesuatu gangguan luaran makan seseorang individu akan melakukan satu aktiviti atau kegiatan supaya gangguan tersebut dapat dihilangkan.  Manakala Piaget pula ada berpendapat  bahawa kecekapan kanak-kanak untuk memperoleh bahasa adalah berdasarkan kognititf dan setiap kanak-kanak akan melalui pengalaman mereka dengan objek dan tindakan dalam persekitarannya. Pada kebiasaannya perkembangan bahasa bermula pada peringkat deria motor yang terjadi ketika kanak-kanak berumur antara 18 bulan hingga dua tahun.

Peringkat kedua pula ialah peringkat praoperasi.  Pada peringkat lebih dikenali sebelum peringkat sebenarnya terjadi di antara umur dua tahun dan tujuh tahun.  Peringkat operasi konkrit adalah peringkat ketiga dalam proses perkembangan kognitif.  Pada peringkat ini kanak-kanak akan berusaha untuk mengenali objek konkrit dan proses ini berlaku pada umur tujuh hingga dua belas tahun.  Kanak-kanak akan lebih mudah memahami dan menguasai sesuatu perkara jika mereka diperkenal dengan perkara yang berupa konkrit atau maujud.  Aktiviti berbentuk hands-on memang sesuai dalam membantu tahap perkembangan kognitif di usia ini.  Peringkat yang terakhir ialah peringkat operasi formal.  Peringkat ini berlaku pada umur 12 tahun ke atas.  Sesuatu yang abstrak dapat dinilai dan murid akan cuba untuk menaakul setiap bentuk dan situasi yang dirasai mereka.

Menurut Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1993:34), memetik kenyataan salah seorang penyokong Piaget iaitu Sinclair.  Beliau telah menjalankan kajian terhadap teori pemerolehan bahasa kanak-kanak berdasarkan kerangka teori Piaget.  Bukti daripada kajian yang telah dijalankan oleh Sinclair menunjukkan, semua kanak-kanak tidak mampu untuk mengungkapkan kata-kata atau bahasa yang kompleks sehingga mereka mencapai ke peringkat perkembangan intelek yang tertentu.  Kesimpulan yang telah dibuat oleh Sinclair ialah latihan lisan kurang berkesan terhadap pemerolehan bahasa jika seseorang kanak-kanak itu belum mencapai tahap intelek yang tertentu.

Ahli kognitif bertegas berpendapat bahawa proses pemerolehan bahasa merupakan salah satu proses mental dan perkembangan bahasa.  Perkara ini mempunyai kaitan rapat dengan kognitf secara amnya.   Kanak-kanak akan memperoleh bahasa ketika diperingkat deria motor dan daripada konkrit kepada abstrak.   Oleh itu,  teori  ini    jelas membuktikan bahawa pemerolehan bahasa adalah bergantung kepada persekitaran kanak-kanak untuk memproses skema yang sedia ada bagi tujuan asimilasi dan akomodasi melalui pendedahan terhadap pengalaman baharu.

Implikasi pengajaran dan pembelajaran teori pemerolehan bahasa yang ketiga iaitu Teori Kognitif dihuraikan secara ringkas berdasarkan kajian beberapa ahli linguistik. Teori ini memang cukup sinonim dengan Jean Piaget ahli psikologi yang telah banyak memberi sumbangan kepada bidang kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Implikasi yang dapat dilihat semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi teori ini ialah pembelajaran bahasa yang melibatkan proses mental.  Pembelajaran bahasa ialah proses berfikir.  Oleh itu, kanak-kanak perlu mempunyai pengetahuan untuk memahami bahasa (makna) bukan bergantung kepada latihan giat semata-mata.  Selain itu, teori ini memerlukan penglibatan aktif pelajar dan sikap kebertanggungjawaban kendiri dalam aktiviti pembelajaran bahasa.  Ini bermaksud, aktiviti yang dijalankan perlulah berpusatkan pelajar di mana guru cuma bertindak sebagai pembimbing manakala muridlah yang melaksanakan aktiviti yang dirancang.

Masa dan aspek bahasa yang hendak diajarkan perlu bersesuaian dengan tahap perkembangan umur dan mental murid.  Seperti mana yang telah dihuraikan dalam teori pemerolehan di bahagian sebelum ini, teori kognitif yang diperkenalkan Piaget mengandungi empat peringkat iaitu deria motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.  Oleh itu, murid perlu menyesuaikan pengetahuan sedia ada atau skema mengikut pengalaman dan persekitaran yang dilalui.  Di samping itu, teori ini juga menggalakkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang kaya, pelbagai dan merangsangkan untuk menimbulkan motivasi.  Kesalahan yang dilakukanbukan suatu kegagalan tetapi percubaan hipotesis (rumus) yang telah dibina.  Maksudnya, latihan yang diberikan bukan membentuk kebiasaan automatik tetapi untuk membina kecekapan menggunakan rumus yang dibentuk.

KESIMPULAN
Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya.  Tidak dinafikan bahawa sememangnya diakui teori pembelajaran banyak membantu para guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan berpandukan ciri-ciri teori yang dipilih dan diamalkan.  Setiap teori membawa implikasi yang berbeza-beza mengikut kesesuaian waktu dan persekitaran bilik darjah.  Namun, kajian ahli linguistik mendapati setiap teori pemerolehan bahasa mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.  Justeru, guru perlu bijak menggunakan teori pemerolehan bahasa mengikut situasi, objektif pembelajaran, kemahiran murid dan sebagainya.















RUJUKAN
 


Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia, m.s. 6, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2005). Bahasa Malaysia Saintifik, Terbitan Kedua, m.s. 32, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr Puteri Roslina Abdul Wahid. (2010). HBML4103: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia (OUM).

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR Bahasa Melayu Tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.






number 1 for me


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com